KOTA TINGGI MENGUNGGULI


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 13, 2010

Mesyuarat Pegurusan Kaunseling JPNJ

Tarikh : 13 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Tropical Inn, JB

Tuesday, July 6, 2010

Saturday, June 19, 2010

MAKLUMAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Mulai Jun 2010, Jawatan Kaunselor Pentadbir di PPD Kota Tinggi telah diambil alih oleh Sdr Muhamad Suhaimi Bin Sulaiman.
Saya telah bertukar ke jawatan Penolong PPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid di bawah Unit Pembangunan Kemanusiaan.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, bimbingan, teguran dan sokongan sepanjang saya memegang jawatan Kaunselor Pentadbir di PPD Kota Tinggi selama 1 tahun 5 bulan.

Saya juga menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang yang memegang jawatan ini, ada perbuatan, perkataan yang menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan-tuan sekelian.

Sekian harap maklum:

En Roslan Bin Mohamad Noh

Tuesday, March 2, 2010

Pengurusan Stress




Ceramah Pengurusan Stress telah diberikan kepada Pembantu Tadbir Kewangan Daerah Kota Tinggi pada:

24 Februari 2010
Glory Beach Resort, PD

Sunday, February 7, 2010

Perhimpunan Bulanan Bil 1/2010 PPD Kota Tinggi

Tarikh : 8 Februari 2010 (Isnin)
Tempat : Dewan Seri Warisan
Masa : 10.30 pg

Dalam perhimpunan ini Tuan PPD telah menyampaikan ucaptama yang bertema " Ke arah Kota Tinggi Mengungguli". Beliau juga telah mengumumkan secara rasminya KRA (Key Result Area ) atau Bidang Keberhasilan PPD Kota Tinggi. KRA PPD akan diuploadkan dalam laman web rasmi PPD dalam masa terdekat ini untuk rujukan semua warga pendidikan daerah Kota Tinggi. Perhimpunan ini telah dihadiri semua pegawai dan warga pejabat pelajaran daerah bersama Pengerusi PKPSM , Pengerusi MGB dan Pengerusi MGB SJKC dan SJKT.


Saturday, January 30, 2010

Cantikkan Luar Dan Dalam Anda

Siapa tidak mahu kalau sudah lanjut usia badan masih kuat,tak rabun, dan otak masih boleh ingat. Tetapi adakah caranya untuk mengelak hal-hal sperti ini berlaku?

Manusia tidak pernah berhenti dari membina teladan dan mencari pengalaman. Sejak kewujudan manusia, tidak pernah manusia berhenti mencari sumber alam untuk dijelmakan sebagai petua dan panduan demi menjadikan hidup lebih baik dan berkualiti.

  • Untuk menguatkan badan, makanlah daging merah sekali seminggu.
  • Pakailah haruman selalu. Secara psikologinya apabila harum kita rasa selesa dan apabila kita menghidu dalam-dalam, ini membetulkan sistem saraf dalam badan.
  • Keraplah mandi. Kalau tidak mandi memang merengas, dan secara psikologinya akan menyebabkan badan lemah dan malas.
  • Pakailah pakaian dari kapas. Dengan kapas seratus peratus, anda akan dapati tubuh anda lebih selesa dan tentunya akan memberi anda kekuatan.
  • Selalu berasa cemas, banyak minum air semasa makan dan banyak makan bahan-bahan makanan yang masam boleh melemahkan badan.
  • Tingkatkanlah ibadah yang memaksa pergerakan badan terutama semasa solat.
  • Pandanglah kehijauan selalu untuk menajamkan mata sekaligus mengelakkan rabun.
Pada usia melepasi 40 adalah sempadan bagi dua keadaan; semakin dihormati ataupun didoakan pergi. Jika usia sebelumnya telah digunakan untuk pelbagai perkara baik hingga mencuri kasih sayang manusia, usia selepasnya adalah tempoh semakin dihormati; tetapi sekiranya usia sebelum itu penuh dengan pelbagai hal yang mencacatkan penghormatan manusia, yang selepasnya adalah caci maki.

Oleh itu berusahalah supaya penghujung usia adalah saat mempamerkan mutiara yang sebelumnya digilap dengan usaha. Tajamkan fikiran dan matangkan pendirian. Usah terlalu banyak berbual kosong, tetapi tidak salah atas maksud kemasyarakatan dan kemesraan bersama penduduk setempat. Terlalu diam atau memencilkan diri akan menyebabkan terpencil dan dipencil. Dan usah lupa untuk mendekatkan diri dengan orang soleh serta bergaul dengan para ulama. Kalau kita berkwan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak akan mendapat bau wanginya.

Yang paling indah pada penghujung usia ialah kesihatan luar dan dalam. Sihat memberikan kecantikan dan ketampanan tetapi adalah lebih cantik dan tampan sekiranya dalamnya turut indah dan menawan.


Sunday, January 24, 2010

Mesyuarat Pengurusan Psikologi Organisasi Bil. 1/2010

Tarikh : 27 Januari 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kluang