Manusia tidak pernah berhenti dari membina teladan dan mencari pengalaman. Sejak kewujudan manusia, tidak pernah manusia berhenti mencari sumber alam untuk dijelmakan sebagai petua dan panduan demi menjadikan hidup lebih baik dan berkualiti.
- Untuk menguatkan badan, makanlah daging merah sekali seminggu.
- Pakailah haruman selalu. Secara psikologinya apabila harum kita rasa selesa dan apabila kita menghidu dalam-dalam, ini membetulkan sistem saraf dalam badan.
- Keraplah mandi. Kalau tidak mandi memang merengas, dan secara psikologinya akan menyebabkan badan lemah dan malas.
- Pakailah pakaian dari kapas. Dengan kapas seratus peratus, anda akan dapati tubuh anda lebih selesa dan tentunya akan memberi anda kekuatan.
- Selalu berasa cemas, banyak minum air semasa makan dan banyak makan bahan-bahan makanan yang masam boleh melemahkan badan.
- Tingkatkanlah ibadah yang memaksa pergerakan badan terutama semasa solat.
- Pandanglah kehijauan selalu untuk menajamkan mata sekaligus mengelakkan rabun.
Pada usia melepasi 40 adalah sempadan bagi dua keadaan; semakin dihormati ataupun didoakan pergi. Jika usia sebelumnya telah digunakan untuk pelbagai perkara baik hingga mencuri kasih sayang manusia, usia selepasnya adalah tempoh semakin dihormati; tetapi sekiranya usia sebelum itu penuh dengan pelbagai hal yang mencacatkan penghormatan manusia, yang selepasnya adalah caci maki.
Oleh itu berusahalah supaya penghujung usia adalah saat mempamerkan mutiara yang sebelumnya digilap dengan usaha. Tajamkan fikiran dan matangkan pendirian. Usah terlalu banyak berbual kosong, tetapi tidak salah atas maksud kemasyarakatan dan kemesraan bersama penduduk setempat. Terlalu diam atau memencilkan diri akan menyebabkan terpencil dan dipencil. Dan usah lupa untuk mendekatkan diri dengan orang soleh serta bergaul dengan para ulama. Kalau kita berkwan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak akan mendapat bau wanginya.
Yang paling indah pada penghujung usia ialah kesihatan luar dan dalam. Sihat memberikan kecantikan dan ketampanan tetapi adalah lebih cantik dan tampan sekiranya dalamnya turut indah dan menawan.

No comments:
Post a Comment