KOTA TINGGI MENGUNGGULI


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 13, 2010

Mesyuarat Pegurusan Kaunseling JPNJ

Tarikh : 13 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Tropical Inn, JB

Tuesday, July 6, 2010

Saturday, June 19, 2010

MAKLUMAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Mulai Jun 2010, Jawatan Kaunselor Pentadbir di PPD Kota Tinggi telah diambil alih oleh Sdr Muhamad Suhaimi Bin Sulaiman.
Saya telah bertukar ke jawatan Penolong PPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid di bawah Unit Pembangunan Kemanusiaan.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, bimbingan, teguran dan sokongan sepanjang saya memegang jawatan Kaunselor Pentadbir di PPD Kota Tinggi selama 1 tahun 5 bulan.

Saya juga menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang yang memegang jawatan ini, ada perbuatan, perkataan yang menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan-tuan sekelian.

Sekian harap maklum:

En Roslan Bin Mohamad Noh

Tuesday, March 2, 2010

Pengurusan Stress




Ceramah Pengurusan Stress telah diberikan kepada Pembantu Tadbir Kewangan Daerah Kota Tinggi pada:

24 Februari 2010
Glory Beach Resort, PD

Sunday, February 7, 2010

Perhimpunan Bulanan Bil 1/2010 PPD Kota Tinggi

Tarikh : 8 Februari 2010 (Isnin)
Tempat : Dewan Seri Warisan
Masa : 10.30 pg

Dalam perhimpunan ini Tuan PPD telah menyampaikan ucaptama yang bertema " Ke arah Kota Tinggi Mengungguli". Beliau juga telah mengumumkan secara rasminya KRA (Key Result Area ) atau Bidang Keberhasilan PPD Kota Tinggi. KRA PPD akan diuploadkan dalam laman web rasmi PPD dalam masa terdekat ini untuk rujukan semua warga pendidikan daerah Kota Tinggi. Perhimpunan ini telah dihadiri semua pegawai dan warga pejabat pelajaran daerah bersama Pengerusi PKPSM , Pengerusi MGB dan Pengerusi MGB SJKC dan SJKT.


Saturday, January 30, 2010

Cantikkan Luar Dan Dalam Anda

Siapa tidak mahu kalau sudah lanjut usia badan masih kuat,tak rabun, dan otak masih boleh ingat. Tetapi adakah caranya untuk mengelak hal-hal sperti ini berlaku?

Manusia tidak pernah berhenti dari membina teladan dan mencari pengalaman. Sejak kewujudan manusia, tidak pernah manusia berhenti mencari sumber alam untuk dijelmakan sebagai petua dan panduan demi menjadikan hidup lebih baik dan berkualiti.

  • Untuk menguatkan badan, makanlah daging merah sekali seminggu.
  • Pakailah haruman selalu. Secara psikologinya apabila harum kita rasa selesa dan apabila kita menghidu dalam-dalam, ini membetulkan sistem saraf dalam badan.
  • Keraplah mandi. Kalau tidak mandi memang merengas, dan secara psikologinya akan menyebabkan badan lemah dan malas.
  • Pakailah pakaian dari kapas. Dengan kapas seratus peratus, anda akan dapati tubuh anda lebih selesa dan tentunya akan memberi anda kekuatan.
  • Selalu berasa cemas, banyak minum air semasa makan dan banyak makan bahan-bahan makanan yang masam boleh melemahkan badan.
  • Tingkatkanlah ibadah yang memaksa pergerakan badan terutama semasa solat.
  • Pandanglah kehijauan selalu untuk menajamkan mata sekaligus mengelakkan rabun.
Pada usia melepasi 40 adalah sempadan bagi dua keadaan; semakin dihormati ataupun didoakan pergi. Jika usia sebelumnya telah digunakan untuk pelbagai perkara baik hingga mencuri kasih sayang manusia, usia selepasnya adalah tempoh semakin dihormati; tetapi sekiranya usia sebelum itu penuh dengan pelbagai hal yang mencacatkan penghormatan manusia, yang selepasnya adalah caci maki.

Oleh itu berusahalah supaya penghujung usia adalah saat mempamerkan mutiara yang sebelumnya digilap dengan usaha. Tajamkan fikiran dan matangkan pendirian. Usah terlalu banyak berbual kosong, tetapi tidak salah atas maksud kemasyarakatan dan kemesraan bersama penduduk setempat. Terlalu diam atau memencilkan diri akan menyebabkan terpencil dan dipencil. Dan usah lupa untuk mendekatkan diri dengan orang soleh serta bergaul dengan para ulama. Kalau kita berkwan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak akan mendapat bau wanginya.

Yang paling indah pada penghujung usia ialah kesihatan luar dan dalam. Sihat memberikan kecantikan dan ketampanan tetapi adalah lebih cantik dan tampan sekiranya dalamnya turut indah dan menawan.


Sunday, January 24, 2010

Mesyuarat Pengurusan Psikologi Organisasi Bil. 1/2010

Tarikh : 27 Januari 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kluang

6 perkara yang akan diperoleh oleh orang yang sentiasa POSITIF

  1. Happiness (Kebahagiaan)
  2. Health (Kesihatan yang baik)
  3. Self-confidence (Keyakinan diri tinggi)
  4. Relationship (Persahabatan)
  5. Self-performance (Prestasi)
  6. Rewards (Ganjaran)

So....be positive all the times.

Tuesday, January 19, 2010

Indahnya Sifat 'Maaf'

Bila disebut tentang kemaafan, ia memang sesuatu yang sukar untuk diucapkan, dilakukan dan diberikan terutama apabila ianya melibatkan suatu peristiwa yang begitu menyentuh emosi yang sememangnya sukar untuk meminta atau memberi maaf.

Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil daripada dorongan kebersihan dan keredhaan hatinya kepada Allah. Sebagai manusia, mereka dapat mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas dasar sifat kelemahan semulajadi manusia terkadangkala terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul maka mereka melakukan kesalahan atau kesilapan yang perlu memaaf dan dimaafkan.

Dalam konteks ini Imam Syafie pernah berkata "Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang dan melupakan terus kesalahannya. Nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia". Orang yang suka memaafkan orang lain sentiasa memahami hakikat bahawa kelemahan yang ada pada dirinya sendiri dan bukanlah perkara yang hina apabila menjadi individu PEMAAF kerana di situ wujud sifat terpuji iaitu;

  1. Bersih daripada sifat sombong dan ego
  2. Bersih daripada sifat dendam
  3. Menunjukkan kebijaksanaan dan sifat keikhlasan
Sifat-sifat di atas merupakan ikatan yang kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam. Kita sebagai umat Islam mempunyai satu arah iaitu menyembah Allah yang Esa dan perlakuan kita dalam perpaduan perlu mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.

Nukilan - Ibnu Muin
Renungan

Nabi Sulaiman a.s ketika ditanya"Kejahatan apakah yang tidak dapat ditebus dengan amal kebajikan?" Jawab Baginda "SOMBONG"

Monday, January 18, 2010

Tips Menjadi Individu Menarik (Part 2)

1. Memahami Kuasa bahasa Badan

75% komunikasi adalah melalui komunikasi bukan lisan. Individu yang menarik memancarkan kuasa menariknya dengan gerak badan yang menyenangkan.

2. Selalu bersetuju

Kajian mengenai bagaimana seseorang disukai oleh orang lain mendapati mereka yang disukai dan diminati ramai adalah individu yang selalu bersetuju dalam perbualannya. Namun ini tidak bermakna kita tidak boleh menerima perbezaan pendapat individu lain. Cuma bagaimana menyuarakan pendapat tersebut adalah penting dalam menjaga sesebuah perhubungan.

3. Mengenalpasti minat dan kecenderungan orang lain sebelum bercakap

Kebanyakan masalah komunikasi yang berlaku adalah disebabkan tidak mengetahui minat dan kecenderungan orang lain. Ini akan membuatkan kita hanya menceritakan perihal diri yang mungkin akan membawa kebosanan pada orang lain.

4. Penampilan diri

Penampilan seseorang mempunyai pengaruh yang kuat bagaimana orang lain melihatnya. Kajian menunjukkan seorang yang berpakaian kemas dianggap sebagai seorang yang bertanggunjawab, berpengetahuan tinggi dan menarik.

Sunday, January 17, 2010

Tips Menjadi Individu Menarik (Part 1)

1. Kecantikan dan ketampanan sosial.
Setiap individu mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ini adalah kerana individu mempunyai keunikan dan sifat tersendiri. Hanya diri kita yang boleh meneroka keindahan dalam diri.
2. Berjenaka
Jenaka merupakan pengubat hidup dan ia mampu mengeratkan hubungan di antara individu. Namun perlu diingat bahawa jenaka yang baik dapat menceriakan hati, jenaka yang berlebihan dapat menurunkan mutu diri seseorang dan jenaka yang tidak baik seperti memerli atau menyindir boleh merosakkan hubungan.
3. Sayangi orang lain seperti kita menyayangi diri kita sendiri.
Untuk menjadi individu menarik, kita perlu sentiasa berminat mahu berkawan dengan semua orang. Dengan menjalin hubungan juga, individu yang menarik dapat memberi manfaat atau kebaikan pada semua orang.
4. Murahkan memberikan pujian
Kemampuan kita memuji orang lain menandakan kita mampu melihat kebaikan dan kelebihan orang lain walaupun mereka tidak melihatnya.
Bersambung...............

Saturday, January 16, 2010

Selamat Hari Lahir Tuan PPD Kota Tinggi

Unit Psikologi Kaunseling PPD Kota Tinggi ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir ke 54 kepada Tn Hj Mohd Zakaria Bin Yusof, PPD Kota Tinggi semoga terus cemerlang dalam kerjaya, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menerajui kami di PPD.


Friday, January 15, 2010

Set Minda Kecemerlangan

  1. Menjadi individu yang sentiasa fokus kepada kecemerlangan.
  2. Pembangunan diri dan pembelajaran yang berterusan.
  3. Berasa puas hati apabila melakukan tugas dengan cemerlang atau memberikan perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan.
  4. Berasa puas hati kerana boleh melaksanakan tugas dan meneruskan kehidupan.
  5. Kurang stres kerana mempunyai jangkaan dan harapan yang munasabah.
  6. Mempunyai perasaan yang kuat terhadap sesuatu pencapaian yang bermakna kepada dirinya.

Thursday, January 14, 2010

Fakta Tentang Senyuman

  • Senyuman itu adalah sedekah
  • Lontarkan sekuntum senyuman nescaya hilanglah rasa buruk sangka orang kepada anda
  • Senyuman itu awet muda - 68 urat saraf akan menjadi tegang
  • Kalau senyum jangan pendek, biar panjang 4 - 20 saat
  • Sekuntuk senyuman suami akan meningkatkan presatsi isteri kepada 60%

Kasih Sayang

"Ketandusan kasih sayang mengakibatkan penderitaan. Tingkahlaku neurotik, bahkan sakit jiwa, selalunya berlaku daripada kekurangan kasih sayang. Kajian telah menunjukkan bahawa 87% daripada penyakit fizikal disebabkan oleh tidak mendapat atau menikmati kasih sayang yang cukup"

(Victor Hansen & Jack Canfield)

Wednesday, January 13, 2010

Kursus Interpersonal And Comunications Skills




Pada 20 - 22 Oktober 2009 saya telah diberi peluang dan kepercayaan oleh Sektor Psikologi Kaunseling JPNJ untuk menghadiri kursus ini di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Kursus ini telah di anjurkan oleh Deeta Management Solutions dimana Pn Halizah Bt Mohamed bertindak sebagai penceramahnya. Kursus ini sangat banyak memberi manafaat kepada saya dalam menjalankan tugas sebagai pegawai di PPD amnya dan sebagai Kaunselor itu sendiri khususnya.
Terima kasih kepada pihak JPN atas kepercayaan ini.

Kursus Peningkatan Amalan Integriti Dan Akauntabiliti





Pada 31 Oktober 2009 Unit Psikologi Kaunseling PPD Kota Tinggi telah menjalankan Kursus Peningkatan Amalan Integriti dan Akauntabiliti Guru dan Kakitangan sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi. Kursus setengah hari ini telah dipenuhi dengan dua slot ceramah yang telah disampaikan oleh En Zayadi Bin Hassan, Penolong PPD Menengah dan En Roslan Bin Mohamad Noh, Kaunselor Pentadbir PPD Kota Tinggi. Alhamdulillah para peserta telah memberikan respon yang positif di akhir kursus ini. Semoga niat murni pihak kami untuk memberi input berguna kepada warga PPD Kota Tinggi akan sentiasa mendapat keredaan Allah SWT.


UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING PPD KOTA TINGGI

Salam Perkenalan....
Selamat bertemu dan berdiskusi di dalam blog ini.. Semoga wadah yang ada ini akan dapat menghasilkan percambahan fikiran yang dapat memberi faedah kepada semua pembaca.
InsyaAllah.